YAN: Tidak sampai 24 jam kebakaran bangunan dua tingkat Maahad Tahfiz Assyatirie di Dulang Besar, di sini, hari ini sebuah bilik stor asrama yang menyimpan tilam di bangunan induk tidak jauh dari situ pula terbakar.
Kebakaran bilik stor tingkat tiga pada jam 4.45 petang itu disedari pelajar perempuan di asrama bangunan sebelah yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit meminta bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Shuaib berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 4.58 petang sepasukan anggota dikejar ke lokasi kebakaran.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran di bilik asrama berkenaan berjaya dipadam oleh petugas maahad tahfiz berkenaan dengan menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Fauzi, asrama itu menempatkan 200 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan yang kesemuanya berusia antara 10 hingga 26 tahun.
Katanya, dalam kejadian kebakaran pada Sabtu, bangunan asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Dulang Besar musnah dijilat api.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 23 2022

Kebakaran bilik stor tingkat tiga pada jam 4.45 petang itu disedari pelajar perempuan di asrama bangunan sebelah yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit meminta bantuan. - Gambar/ Ihsan JBPM

WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim
Krisis di Ukraine menjadi ancaman lebih besar kepada unjuran sekuriti makanan global yang sedia ada sudah bermasalah.

Hawana 2022 berupaya tingkatkan dunia kewartawanan - Hussamuddin
Selain mengiktiraf peranan wartawan, sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 berupaya menjadikan dunia kewartawanan lebih profesional dan berintegriti.

WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik
Malaysia perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.

Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini.

WEF 2022: Cukai golongan jutawan untuk bantu wanita - Oxfam
Beliau menyatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina kini akan mengambil masa 136 tahun, dengan wabak COVID-19 menolak kemajuan yang sudah dicapai kepada jurang satu generasi.

Petronas galas tanggungjawab besar jadi pemangkin sumber tenaga hijau, mampan negara
Usaha progresif perlu diteruskan dalam membuktikan bahawa Malaysia mampu mencipta inovasi baharu di dalam sektor minyak dan gas global.
![AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968457/thumbnails/23375372161653398649242_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 7:45 bersama Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar. Tumpuan AWANI 7:45 malam ini: - Dengan kenaikan harga minyak, Malaysia perlu segera laksana subsidi bersasar. - Ladang ganja di belakang vila, bekas diplomat, anak lelaki ditahan. - Apa sudah jadi? SPRM kesan pembelian berkait COVID-19 terpalit rasuah.

KKM tidak terima notifikasi kes kanak-kanak dijangkiti cacar monyet
KKM tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang tular di media sosial.

Aktor Ada Apa Dengan Cinta ditahan terlibat penyalahgunaan dadah
Gary Iskak sekali lagi ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Agenda AWANI: WEF 2022 I Posisi global Petronas, rakan strategik tenaga
Ikuti temu bual khas bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik sempena WEF2022 mengenai cabaran krisis tenaga, kelestarian tenaga baharu dan kerjasama rakan strategik.

Lagi kebakaran babit maahad tahfiz sama di Yan
Tidak sampai 24 jam kebakaran asrama pelajar di Maahad Tahfiz Assyatirie di Dulang Besar, Yan, hari ini, sebuah bilik stor asrama di maahad induknya di Kampung Sungai Dedap, Kuala Muda pula terbakar.