KUALA LUMPUR: Lalamove, sebuah platform penghantaran on-demand, berbangga untuk berkongsi inisiatif terkini untuk meningkatkan kemahiran rakan pemandu mereka dengan menawarkan kursus akademik percuma dengan International College of Sports and Management (ICMS).
Rakan pemandu Lalamove dijemput untuk menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ICMS. Tenaga pengajar ICMS yang berbakat dan professional bakal menawarkan ilmu yang merangkumi pelbagai skil, termasuk kursus Khidmat Pelanggan, Pemasaran Digital, Teknologi Asas dan banyak lagi. Semua peserta akan menerima sijil profesional di hujung kursus, sebuah bonus yang pasti akan memberi manfaat kepada rakan pemandu Lalamove.
Kerjasama ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kemahiran kendiri para pekerja ekonomi gig, seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam Bajet 2024, yang fokus kepada tema “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.”
Turut hadir untuk merasmikan inisiatif ini pada 17 Oktober 2023 adalah Pengarah Urusan ICMS Datuk Swaminathan S Mahalingam dan Ketua Eksekutif ICMS Dr Sivakumar Perthebandan serta Pengarah Urusan Lalamove Malaysia Jane Teh dan pasukan Operasi Pemandu Lalamove Malaysia.
Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, menekankan bahawa Lalamove berdedikasi untuk memperkasakan rakan pemandu dengan menawarkan faedah kemahiran, yang selaras dengan misi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja gig. Beliau berkata, “Dalam dunia moden yang berpandukan teknologi, kami percaya bahawa peluang meningkatkan kemahiran yang kami tawarkan kepada rakan pemandu kami boleh menjadi tunjang mobiliti sosial, membuka peluang kepada lebih banyak peluang pekerjaan. Di sinilah kerjasama kami dengan International College of Management and Sports (ICMS) dapat melengkapkan misi kami di Lalamove.”
Setiap kursus terhad kepada 50 rakan pemandu Lalamove berumur antara 18 hingga 40 tahun dengan tahap pendidikan PMR/PT3 atau SPM ke bawah. Kursus pertama yang ditawarkan oleh ICMS akan bertumpu untuk meningkatkan skil Khidmat Pelanggan. Kursus yang akan berlangsung selama lima hari akan diadakan di bangunan International College of Management and Sports (ICMS) di Petaling Jaya. Selain daripada menambah skil kemahiran rakan pemandu, Lalamove juga menawarkan peluang kepada pelajar ICMS untuk menjana pendapatan tambahan sebagai rakan pemandu di bawah sebuah inisiatif yang dinamakan “Ber-Lala Bersama ICMS”.
Tanpa meninggalkan dunia akademik mereka, para pelajar ICMS berpeluang untuk menjana pendapatan mengikut keupayaan mereka sendiri. Para pelajar jurusan Diploma Pentadbiran Perniagaan boleh mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove dan menerima sebuah Motosikal Modernas Kriss percuma.
Datuk Swaminathan S Mahalingam, Pengarah Urusan ICMS, menekankan bahawa kerjasama strategik tempoh panjang dengan Lalamove ini membina ekosistem yang bermanfaat kepada pelajar ICMS. "Kami berharap para pelajar kami akan menimba ilmu dan skil yang diperlukan semasa bekerja sambil meneruskan pelajaran. Ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka setelah mereka tamat belajar. Kami ingin memastikan pendidikan dan pekerjaan seiring dalam matlamat pelajar.”
Dengan memberi sokongan penuh kepada komitmen kerajaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja gig, Lalamove menjemput individu yang berminat untuk meningkatkan kemahiran sambil menjana pendapatan sampingan bersama Lalamove dan ICMS untuk menyertai inisiatif penuh bermanfaat ini.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini dan faedah lain yang ditawarkan kepada rakan pemandu Lalamove, sila layari laman rasmi Program Ganjaran Rakan Pemandu Lalamove.
Kenyataan Media
Tue Nov 07 2023
Lalamove menjalinkan kerjasama dengan International College of Sports and Management menawarkan kursus akademik percuma bagi meningkatkan kemahiran rakan pemandu. - Foto Lalamove
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Lalamove kerjasama dengan ICMS tawar kursus kemahiran percuma kepada rakan pemandu
Rakan pemandu Lalamove dijemput untuk menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ICMS.
UA digalak tawar kursus 'micro-credential'
UA digalakkan untuk menjadi penyedia kursus jangka pendek berakreditasi 'micro-credetial' bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.