awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan IJM Promenade Sungai Pinang dinamakan Persiaran Karpal Singh

Aizat Sharif
Aizat Sharif
19/04/2014
09:35 MYT
Laluan IJM Promenade Sungai Pinang dinamakan Persiaran Karpal Singh
Laluan IJM Promenade di Sungai Pinang, Pulau Pinang akan dinamakan sebagai Persiaran Karpal Singh sebagai memperingati jasa dan ketokohan ahli politik dan peguam, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan pada Khamis.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau mengusulkan rancangan menamakan nama laluan itu pada mesyuarat exco yang akan akan datang.
“Saya akan mengusulkan kepada ahli exco negeri dalam mesyuarat negeri selepas ini bahawa kita menamakan laluan IJM Promenade sebagai Persiaran Karpal Singh sebagai menghargai dan mengingati jasa mendiang Karpal Singh yang banyak kepada masyarakat dan negara,” kata Lim dalam satu sidang media yang dilakukan di rumah mendiang di Georgetown.
[Adm] Pg State Gov's decided to rename the IJM Promenade to Karpal Singh Drive,in memory of the late YB Karpal Singh. pic.twitter.com/agdtB85LUz
— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) April 19, 2014
Laluan tersebut adalah laluan tepi laut sepanjang 800 meter atau 0.8 kilometer dan terletak berhampiran Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Sementara itu, balu kepada mendiang, Gurmit Kaur menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang termasuklah dengan penamaan laluan IJM Promenade itu kepada nama suaminya.
“Saya menghargai terhadap apa jua usaha dari kerajaan negeri yang telah dilakukan dalam mengingati mendiang suami saya dan dengan menamakan laluan ini bersempena dengan nama mendiang suami saya adalah terlalu besar dan saya berterima kasih kepada semua,” kata Gurmit dalam sidang media yang sama.
Topic Berkaitan
#IJM Promenade
#Persiaran Karpal Singh
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan