awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan

Bernama
Bernama
11/02/2025
22:00 MYT
Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Penganut Hindu berarak menuju ke Sri Arulmigu Balathandayutthabani Jalan Kebun Bunga sempena Thaipusam. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga di sini bagi sambutan Thaipusam.
Mereka mula membanjiri kawasan itu sejak pukul 6.30 petang Selasa dan menjelang pukul 9 malam, jumlah pengunjung semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan di laluan sepanjang dua kilometer menghala ke kuil berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi Bernama, memaklumkan keadaan di laluan dan kawasan menghala ke kuil itu agak sesak kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai.
"Namun, keadaan terkawal dan pihak polis juga sedang menjalankan kawalan di lokasi laluan serta kuil tersebut sehingga keadaan beransur kembali normal," katanya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad pula memaklumkan keadaan yang terlalu sesak itu menyebabkan seorang pengunjung pengsan.
"Pengunjung itu telah dibawa ke hospital dengan ambulans yang memang berada dalam keadaan bersiap sedia di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Tinjauan Bernama mendapati situasi sambutan Thaipusam di sekitar kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani agak sesak sejak pukul 9 malam dengan penganut tidak dapat bergerak dan terpaksa berhenti bagi tempoh yang agak lama.
Kelihatan juga beberapa penganut mengalami sesak nafas sehingga berpusu-pusu mencari ruang sebelum berlari ke dalam sebuah rumah di laluan kuil tersebut.
Tinjauan juga mendapati golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak agak cemas ketika berdepan dengan situasi yang mendebarkan itu, sehingga terdapat seorang individu yang pengsan dan dibawa ke hospital dengan ambulans.
Sementara itu, perarakan kavadi terpaksa dihentikan buat seketika bagi meleraikan 'kebanjiran' penganut serta mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku semasa sambutan tersebut.
Bagaimanapun, situasi berada dalam keadaan terkawal dengan bantuan beberapa sukarelawan di 'Thaneer Panthal' (khemah mengedar makanan dan minuman percuma) serta anggota polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuil Arulmigu Balathandayuthapani
#sesak
#pengsan
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan