IPOH: Sebuah treler membawa muatan serbuk besi terbalik di Kilometer 262.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara mengakibatkan semua laluan antara Ipoh ke Terowong Menora terhalang hari ini.
PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, aliran trafik tidak bergerak pada jam 4.52 pagi.
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
"Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh dua kilometer.
"Pengguna yang dalam perjalanan ke arah utara diminta menggunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Ipoh (S)," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keadaan treler terbabit merintangi jalan dengan sebahagian muatan jatuh atas lebuh raya.
Bagaimanapun katanya, kemalangan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
"Tiada mangsa yang tersepit. Buat masa ini operasi pembersihan sedang dijalankan di lokasi kemalangan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh 2 kilometer. - Foto media sosial/Sinar Harian
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Laluan lebuh raya Ipoh-Terowong Menora telah dibuka
Laluan lebuh raya arah utara antara Ipoh ke Terowong Menora telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 4.15 petang pada Ahad.
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Treler tepung terbalik, lebuh raya PLUS arah selatan sesak lebih 20km
Sebuah treler terbalik mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Simpang Pulai ke Gopeng.
Pemandu treler parah, 3 muatan kereta baharu rosak tercampak atas jalan
Seorang pemandu treler parah selepas kenderaan membawa enam kereta baharu yang dipandunya hilang kawalan di Kilometer (KM) 263.1 PLUS arah selatan berhampiran Seremban, hari ini.
Treler kontena terbalik, Lebuhraya Karak sesak hampir dua jam
Sebuah treler kontena yang terbalik di KM 74.3 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong menyebabkan pengguna laluan itu terperangkap dalam kesesakan trafik selama hampir dua jam.
Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.
Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik
Sebuah treler membawa lebih 500 muatan tong gas kosong terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, dekat sini, 12.25 tengah hari tadi.
Treler sarat muatan balak terbalik di Jertih
Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu Mohd Hafizee Ishak, 33, hanya mengalami kecederaan ringan.
Treler muatan kayu terbalik, sesak 4km selepas Terowong Menora
PLUS Malaysia menerima maklumat berkenaan kejadian berhampiran Terowong Menora itu pada jam 7.55 pagi.
Treler bawa muatan kayu balak terbalik
Setiba di lokasi, treler tiba-tiba terbalik ke sebelah kiri jalan ketika membelok apabila lampu isyarat hijau menyebabkan kesemua kayu balak terjatuh ke atas jalan.