awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini

Faida Rahim
Faida Rahim
26/07/2023
03:17 MYT
Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini
Alexander Nanta Linggi meninjau kerja-kerja pembaikan kes jalan mendap di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak, hari ini. - Gambar Astro AWANI
BENTONG: Pengguna boleh menggunakan laluan KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak bermula jam 7 malam ini.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerja-kerja pembaikan kes jalan mendap di kawasan terkesan bakal selesai hari ini.
"Saya difahamkan segala kerja kerja untuk menyiapkan dibuat pada hari ini jalan ini boleh dibuka semula kepada trafik atau kenderaan dalam jam 7 malam ini, tertakluk kepada kerja pembaikan dan sebagainya," katanya kepada media ketika melakukan lawatan ke lokasi di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak.
Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati dengan kerja-kerja pemantauan dan baik pulih yang berjalan dengan baik.
Alexander turut memuji sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah dan tindakan penutupan jalan dilakukan lebih awal.
"Mereka buat sistem untuk mengetahui ada movement (pergerakan) tanah dekat kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor (alat pengesan).
"Oleh kerana itu apabila akan berlaku, mereka akan cepat-cepat menutup jalan... oleh sebab itu tiada kenderaan lalu semasa kejadian. Itu boleh kita puji sistem guna di sini dapat halang sebelum berlaku kejadian," katanya.
Terdahulu, laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut malam tadi.
LPT dalam ciapan di Twitter memaklumkan para pengguna dari Kuantan ke Kuala Lumpur diarahkan keluar di Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula di Pekan Bentong Barat.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Alexander Nanta Linggi
#laluan KM66 1 Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak
#mendapan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan