awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan masuk kediaman peribadi Najib dikawal polis

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2018
06:49 MYT
Laluan masuk kediaman peribadi Najib dikawal polis
Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.
Polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.
BACA: Dilarang ke luar negara, Najib akur
BACA: 'Saya arahkan larangan ke luar negara buat Najib, Rosmah' - PM Tun Mahathir
BACA: Apartmen mewah bekas pemimpin negara digeledah
Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.
Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.
Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#Jalan Langgak Duta
#kediaman Najib
#laluan keluar masuk
#Najib Razak
#Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa
#Taman Duta
#Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan