awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal

Bernama
Bernama
29/10/2020
08:31 MYT
Laluan motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal
Annuar berkata, bagi tujuan berkenaan PPj akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal. - Bernama
PUTRAJAYA:Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk menukar laluan motosikal di Putrajaya kepada laluan berbasikal berikutan cadangan kementerian menjadikan wilayah pentadbiran tersebut sebagai bandar mesra sukan berbasikal.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata bagi tujuan berkenaan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.
"Kita mempunyai kawasan yang dulunya dibina bertujuan untuk mengasingkan laluan motosikal dengan kenderaan lain bagaimanapun tidak ramai penunggang motosikal di Putrajaya, sebab itu kita mahu ubah suai laluan tersebut untuk dijadikan laluan berbasikal," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Komuniti Putrajaya di bawah Wilayah Cakna 3.0 di sini, hari ini.
Beliau berkata laluan berbasikal tersebut terdiri daripada bulatan luar sejauh 34km dan bulatan dalam kira-kira 15km yang dijangka siap dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang.
Katanya, selain lorong berbasikal, kementerian bercadang untuk menyediakan kemudahan lain termasuk kafe, bengkel dan kedai alat ganti basikal serta tempat letak kereta untuk penunggang basikal melakukan aktiviti itu di Putrajaya.
Annuar berkata kementerian juga akan menjemput persatuan berbasikal dan pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan keselamatan jalan raya khususnya keselamatan penunggang basikal dan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata idea sama juga ingin dibuat di Kuala Lumpur namun masih di peringkat awal dan pihaknya sedang mengenal pasti kawasan tasik yang sesuai di ibu kota untuk pembinaan lorong berbasikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Perbadanan Putrajaya
#PPj
#Putrajaya
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#laluan basikal
#laluan motosikal Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan