awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan pantas Mahkamah Rendah Syariah dikembangkan ke Putrajaya

Bernama
Bernama
06/03/2024
08:05 MYT
Laluan pantas Mahkamah Rendah Syariah dikembangkan ke Putrajaya
ZUlkifli berkata, penyelesaian kes sebanyak 97.56 peratus di dewan laluan pantas Mahkamah Syariah merupakan pencapaian yang sangat cemerlang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laluan pantas atau fast track Mahkamah Rendah Syariah akan dikembangkan ke Putrajaya sebagai antara usaha mempercepatkan penyelesaian kes tertunggak seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Hasan berkata penyelesaian kes sebanyak 97.56 peratus di dewan laluan pantas Mahkamah Syariah merupakan pencapaian yang sangat cemerlang.
"Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak bekerja secara terasing bahkah sentiasa membuat libat urus agensi serta mencari ruang penambahbaikan proses perkhidmatan supaya sentiasa cekap dan kekal relevan sepanjang masa," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 tahun Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) di sini hari ini.
Beliau berkata selaras dengan nilai daya cipta dalam dasar Malaysia MADANI, MSWP perlu menggarap idea dan mencanai minda bagi menghasilkan pembaharuan perkhidmatan yang boleh memberikan impak signifikan kepada para pelanggan.
"Penegakan keadilan yang segera dan saksama kepada pihak-pihak yang bertikai melalui keputusan dan perintah mahkamah hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.
"Kita tidak nafikan bahawa peruntukan undang-undang terutamanya undang-undang prosedur adalah mengikat, namun di sana ada ruang budi bicara, selagi objektif keadilan mengikut Hukum Syarak tetap dipelihara," katanya.
MSWP diwujudkan selaras penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974 dan ketika itu dinamakan sebagai Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laluan pantas
#Mahkamah Rendah Syariah
#Putrajaya
#penyelesaian kes
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan