awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia

Bernama
Bernama
23/02/2025
14:00 MYT
Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Penerbangan dikendalikan oleh China Eastern Airlines menggunakan pesawat Airbus A320, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang pada 8.40 pagi. - Gambar fail
XI'AN: Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad, lapor Xinhua.
Penerbangan dikendalikan oleh China Eastern Airlines menggunakan pesawat Airbus A320, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang pada 8.40 pagi.
Pesawat kemudian melakukan transit di Kunming, Wilayah Yunnan pada 11.15 pagi sebelum tiba di Kuala Lumpur pada 4.50 petang waktu tempatan.
Penerbangan pulang pula berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.50 petang, berhenti di Kunming empat jam kemudian, dan tiba di Xi'an pada 1.35 pagi keesokan harinya.
Xi'an, sebuah bandar bersejarah berusia lebih 3,100 tahun, terkenal dengan Patung Terracotta Warriors serta pelbagai tapak warisan lain.
Bandar itu pernah menjadi ibu kota bagi 13 dinasti di China.
Laluan udara baharu terbabit menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pelancong ke Kuala Lumpur, Shaanxi, dan Yunnan, selain berperanan sebagai jambatan bagi pertukaran ekonomi dan budaya antara kedua-dua negara.
Ini merupakan laluan udara antarabangsa pertama yang dibuka selepas Terminal 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang mula beroperasi pada Khamis lalu.
Tahun lalu, lebih 20.1 juta pelawat asing memasuki China di bawah dasar pengecualian visa, mencatatkan peningkatan 113.5 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi pelancong yang layak mendapat pengecualian visa transit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan
#Xi'an
#China
#Malaysia
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan