awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Spice N Ice akui Astro BizOne tingkat nilai pengalaman
Kerajaan Trump akan terus ganti tarif timbal balas jika Mahkamah Agung tolak - USTR
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman sesawang CMS FAM digodam

Amanz
Amanz
06/10/2025
10:25 MYT
Laman sesawang CMS FAM digodam
Laman sesawang CMS (Competition Management System) FAM telah digodam dan semua laman-laman dibawah sub-domain CMS ini tidak dapat diakses buat masa ini. - Foto Amanz
MINGGU lalu, tajuk berita media perdana melaporkan bahawa seramai tujuh pemain naturalisasi bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dihalang daripada mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan ataupun acara bola sepak dibawah naungan FIFA kerana dikhuatiri bahawa dokumen naturalisasi yang dibekalkan adalah palsu.
Perkara ini sedang diperkatakan bukan sahaja di Malaysia, tetapi sekitar rantau ini juga, sehinggakan laman FAM telah digodam hari ini.
Portal Amanz melaporkan laman sesawang CMS (Competition Management System) FAM telah digodam dan semua laman-laman dibawah sub-domain CMS ini tidak dapat diakses buat masa ini.
Laman sesawang CMS FAM ini merupakan laman web dimana butiran berkaitan semua pertandingan bola sepak dibawah naungan Persatuan Bola Sepak Malaysia diperlihatkan dari Malaysia Premier Football League, Piala Presiden, Piala Belia dan lain-lain, termasuklah nama pasukan, pemain kesebelasan utama, skor perlawanan, kad-kad yang diberikan dan juga nama penjaring.
Penemuan awal telah memperlihatkan bahawa penggodam mungkin telah menggunakan perisian tebusan (ransomware) untuk menggodam laman CMS ini, dan telah meminta sebanyak $7000 (RM30,000) sebagai syarat untuk semua sistem dan kandungan platform CMS tersebut dikembalikan dengan selamat.
Bukan itu sahaja, carian CMS FAM di Google mengembalikan carian untuk laman web tersebut dengan nota berkenaan konspirasi tentang pembuatan IC palsu berkenaan status “keturunan” dan naturalisasi pemain-pemain import Malaysia baru-baru ini.
Setakat ini, nampaknya notis pembayaran perisian tebusan tersebut telah dipadamkan, tetapi akses kepada laman-laman sesawang dibawah CMS FAM masih lagi belum boleh diakses. Buat masa ini, laman sesawang utama Persatuan Bola Sepak Malaysia masih lagi boleh diakses tanpa masalah.
Topic Berkaitan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#FIFA
#FAM
#Competition Management System
#FAM CMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan