awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
CUEPACS gesa penilaian prestasi adil bagi pegawai berpengalaman
Polis bongkar makmal proses syabu dalam kebun durian, 1.2 tan dadah dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
27/02/2023
09:14 MYT
Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis
Mohd Azizuddin berkata, wacana berkaitan isu Islamofobia mestilah merakyat dan mudah difahami. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Islamofobia boleh tercetus akibat lambakan maklumat sehingga menyebabkan pelbagai maklumat yang salah tersebar dalam kalangan masyarakat.
Kesedaran orang awam untuk lebih behati-hati dalam memilih sumber untuk dipercayai penting kerana maklumat dengan agenda tertentu dan menjurus kepada konflik atau krisis dapat dibendung, kata Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani.
BACA: Atasi Islamofobia menerusi dialog intelektual - PM Anwar
"Ilmu perlu ada dalam kalangan rakyat untuk menilai secara rasional meskipun (maklumat-maklumat ini) disebarkan dalam media massa. Netizen yang banyak sebut tentang isu politik harus bertanggungjawab dalam menyatakan pandangan.
"(Mereka) perlu dapatkan ilmu dan makluamt sebenar supaya tidak keliru sehingga membuat keputusan yang salah. Tindakan tersebut seterusnya boleh menjejaskan komuniti muslim secara keseluruhan dalam konteks islamophobia," katanya dalam program 100 Hari Kerajaan Perpaduan terbitan Astro AWANI.
Beliau mengulas ucaptama yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia, yang menyeru usaha dialog peradaban barat dan Islam diadakan untuk menyemai keamanan berpanjangan.
Jelas Azizuddin, adalah penting untuk berdepan dan menangani suasana islamofobia menerusi wacana yang rasional. Seterusnya, memastikan perbincangan ini disampaikan dan difahami oleh masyakat keseluruhannya.
"Kita perlu bertindak balas secara rasional dan aman supaya konflik tidak berterusan. Ini kerana, kadang-kadang konflik sengaja dibangkitkan agar kita hilang fokus kepada pembangunan negara.
"Peting untuk kita ada wacana supaya boleh di ikuti orang awam dan dirakyatkan wacana ini. Perbincangan berkaitan isu Islamofobia tidak boleh menggunakan laras bahasa tinggi untuk memastikan rakyat memahaminya dengan baik," tambahnya.
Solusi Islamfobia: Ringan di mulut, berat pada tindakan
Pantau Kerajaan Baharu di sini
Topic Berkaitan
#Islamofobia
#100 Hari Kerajaan Perpaduan
#PM10
#Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan