SHAH ALAM: Sebuah tren kargo dengan muatan, tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga dekat sini, hari ini, mengakibatkan kedua-dua landasan berdekatan stesen tersebut terhalang sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin berkata tren dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang itu tergelincir ketika melalui landasan di KM20.041, awal pagi tadi.
Beliau berkata 11 daripada 50 gerabak telah tergelincir, manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan namun tiada kemalangan jiwa melibatkan kakitangan serta orang awam.
"Perkhidmatan KTM Komuter yang melalui laluan tersebut tidak dapat beroperasi ekoran insiden itu. Perkhidmatan komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan Shah Alam.
"KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Rani Hisham berkata siasatan insiden itu juga telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menyediakan bas perantara kepada penumpang yang terlibat dari Stesen Subang Jaya ke Stesen Shah Alam dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Ttren dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang itu tergelincir ketika melalui landasan di KM20.041, awal pagi tadi.
10 Berita Pilihan - (15 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis sahkan wanita terjatuh jejambat berhampiran i-City
Polis mengesahkan kejadian seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang petang tadi.
AWANI Ringkas: PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sarawak mungkin singkatkan tempoh kelewatan projek sakit - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak mempertimbangkan kemungkinan memendekkan tempoh kelewatan "projek sakit" kepada 30 hari.
AWANI 7:45 [15/3/2025] – Jangan perkecilkan orang melayu | Hari antarabangsa memerangi islamofobia | Kebencian terhadap Islam meningkat | Lelaki tahan sakit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
![[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO [KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO
Timbul ura-ura semenjak hujung tahun lepas yang mengatakan Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.
Agenda AWANI Asia: akses produk elektronik yang sihat untuk kanak-kanak
Diskusi dan analisis mengenai penggunaan peranti elektronik di kalangan kanak-kanak serta akses maklumat yang tidak benar dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.

Tindakan tegas terhadap individu ganggu penyu di Pulau Manukan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memandang serius kejadian gangguan terhadap penyu di Pulau Manukan yang tular baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Christina Liew.
63,000 tan makanan masih menanti kebenaran masuk ke Gaza - PBB
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
JAKIM panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan nabi
JAKIM memanggil seorang individu dikesan membuat hantaran dalam laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme, dipercayai mengaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.

Perkhidmatan ETS dari Stesen Segamat bermula hari ini - KTMB
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pukul 7.55 pagi tadi.

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur
Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas itu, 312 tiket akan ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan keseluruhan 1,248 tiket.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.