awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langganan sukuk 6.4 kali cermin keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia - PM

Bernama
Bernama
23/04/2021
14:52 MYT
Langganan sukuk 6.4 kali cermin keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia - PM
Muhyiddin berkata bukan itu sahaja, sebelum ini juga Bank Dunia telahpun membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini. - Gambar fail
MUAR: Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali semalam mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bukan itu sahaja, sebelum ini juga Bank Dunia telahpun membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini manakala kerajaan menetapkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara enam hingga 7.5 peratus.
"Bila kita buka sukuk, pinjaman bon antarabangsa yang dikeluarkan oleh Malaysia semalam, pada asal nya (saiz terbitan) adalah US$1 billion, kita naikkan kepada US$1.3 billion, kerana lebih langganan.
"Langganan enam kali ganda lebih apa maknanya? Kepercayaan masyarakat antarabangsa bahawa negara kita mempunyai potensi (ekonomi) tumbuh lebih cepat dari banyak negara. Antara negara yang paling tinggi pencapaian (unjuran) keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding kebanyakan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan di Masjid Jamek Haji Muhammad Yassin, Pagoh, di sini, hari ini.
Semalam, kerajaan berjaya menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat pertama di dunia dalam dolar Amerika Syarikat menerusi terbitan bertempoh matang 10-tahun berjumlah US$800 juta dan sukuk bertempoh matang 30-tahun US$500 juta dengan pengagihan menyeluruh dari Asia hingga ke Amerika Syarikat (AS).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata penerbitan sulung Sukuk Kelestarian itu turut menggambarkan kepercayaan pelabur terhadap asas ekonomi Malaysia dan prospek pertumbuhan yang kukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia
#keyakinan masyarakat antarabangsa
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan