awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP solat Aidiladha: 49 lelaki sudah ditahan - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/07/2021
14:21 MYT
Langgar SOP solat Aidiladha: 49 lelaki sudah ditahan - Polis
Tangkapan membabitkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan. - Gambar/ Media sosial
BUKIT MERTAJAM: Polis telah menahan 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan membabitkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan itu dibuat sejurus polis menerima laporan berkenaan insiden tersebut.
Semua mereka ditahan di kawasan taman perumahan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk siasatan lanjut.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya di sini, malam ini.
BACA: Polis kesan 200 warga asing langgar SOP solat sunat Aidiladha atas jalan
BACA: Langgar SOP solat Aidiladha: Ketua Polis P. Pinang diminta beri laporan - Hamzah
Aidiladha | Polis siasat video tular langgar SOP
Petang tadi, media melaporkan polis mengesan lebih 200 warga asing yang melanggar SOP dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di atas jalan di kawasan itu.
Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, kumpulan itu didapati berbuat demikian selepas pengurusan surau tidak membenarkan mereka solat di dalam surau berikutan melebihi had ditetapkan.
Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan kumpulan lebih 200 warga asing melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya di Taman Pelangi.
Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebelum ini, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).
Topic Berkaitan
#solat sunat Aidiladha
#SOP
#langgar SOP
#Taman Pelangi
#juru
#pulau pinang
#warga asing
#atas jalan raya
#Tular
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan