awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar syarat lesen, enam nelayan ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/08/2020
03:13 MYT
Langgar syarat lesen, enam nelayan ditahan
Kedua-dua bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen kerana beroperasi di bawah 15 batu nautika dari pantai. - Foto Maritim Malaysia
Sebuah bot pukat tunda kelas C dan sebuah bot peranti bersama enam nelayan ditahan dalam operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, awal pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, dalam tangkapan pertama, sebuah bot pukat tunda kelas C ditahan kira-kira jam 2.51 pagi pada jarak lebih kurang 12 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Turut ditahan bersama bot tersebut, seorang tekong serta tiga kru warga tempatan berusia di antara 41 dan 63 tahun,
Tangkapan kedua pula melibatkan sebuah bot peranti bersama seorang tekong dan seorang kru warga tempatan berusia 32 tahun dan 42 tahun.
Mereka ditahan pada jam 4.51 pagi pada jarak lebih kurang 8.5 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara. Foto Maritim Malaysia
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara. Foto Maritim Malaysia
Kedua-dua bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen kerana beroperasi di bawah 15 batu nautika dari pantai.
Mahmad Faizal juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukan.
Pihak Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.
Topic Berkaitan
#bot
#bot peranti
#bot pukat tunda
#Kedah
#kru
#lesen
#nelayan
#operasi
#tekong
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan