KUALA LUMPUR: Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama malam ini berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che'Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - BERNAMA
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
#AgongKita: Apa jaminan tukar PM, kerajaan tiap tahun? - Al-Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah berpandangan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan proses peralihan kerajaan seperti melalui pilihan raya.
Raja Petra tiada kredibiliti ulas isu politik semasa, kata Saifuddin
Katanya, Raja Petra yang membawa diri ke luar negara setelah berdepan proses mahkamah menunjukkan tidak berwibawa memberi sebarang ulasan.
Zahid cadang gubal RUU bagi kekalkan kerajaan sehingga habis penggal
Satu Rang Undang-undang (RUU) baharu perlu dirangka, bagi memastikan sebuah kerajaan yang wujud sama ada menerusi parti yang dominan atau gabungan dikekalkan sehingga akhir penggal.
Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.
Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah Dubai sekadar politik 'cemas', pembangkang hilang modal - PM Anwar
Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen, kata Anwar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.
GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah Dubai: Jumlah laporan polis diterima meningkat kepada 75 - Mohd Shuhaily
Sebanyak 75 laporan polis telah diterima berhubung Langkah Dubai, yang dikatakan sebagai gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che'Gu Bard dan Salim Iskandar - Razarudin
Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar.