awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah kerajaan kutip cukai ekonomi bayangan antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
19/11/2023
20:00 MYT
Langkah kerajaan kutip cukai ekonomi bayangan antara tumpuan Dewan Rakyat
Langkah kerajaan bagi mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada KDNK antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan bagi mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu dikemukakan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.
Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah Ringgit Malaysia telah dilabur oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di dalam serta luar negara.
Puah juga ingin tahu sama ada keseluruhan pelaburan berkenaan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.
Sementara itu, Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lepas.
Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kutip cukai
#ekonomi bayangan
#KDNK
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan