SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan langkah penjimatan perbelanjaan diambil kerajaan tidak akan menjejaskan peruntukan bantuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, 80 peratus daripada peruntukan kementerian adalah disalurkan kepada penerima bantuan JKM dan jumlah itu akan dikekalkan.
"Kalau kita tengok pekeliling yang baharu sahaja dikeluarkan pada 14 Julai, kita memang sudah ambil langkah penjimatan. Berbelanja secara berhemah dan mendahuhulukan apa yang menjadi keutamaan.
"Sebanyak 80 peratus disalurkan kepada penerima bantuan JKM, kita tidak akan kurangkan, ia tetap sama," katanya pada sidang media selepas pemukiman Wanita Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.
Rina mengulas laporan sebuah media tempatan baru-baru ini yang menyatakan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun Persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan bagi membolehkan penjimatan itu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.
Arahan itu dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam' yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai lepas.
Rina, yang juga Ketua Wanita PN, meminta kerajaan supaya tidak melayan sebarang desakan untuk membubarkan Parlimen sebaliknya memberi tumpuan menangani isu kos sara hidup.
Beliau berkata Wanita PN turut meminta kerajaan mengkaji keperluan B40 untuk dinaikkan kepada B50 atau B60 dengan kadar segera serta mengumumkan pakej rangsangan khusus bagi membantu wanita menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang.
"Pengelasan pendapatan isi rumah B40 kepada B50-B60 dan M20-M40 contohnya perlu dikaji dengan segera bagi membolehkan peruntukan serta perkhidmatan yang disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat seadilnya untuk menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya.
Rina juga berkata Wanita PN menyarankan pucuk kepemimpinan tertinggi gabungan itu supaya mengambil satu ketetapan politik yang tegas berhubung hala tuju pakatan tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Wanita PN juga turut menyatakan pendirian berhubung penyertaan calon wanita untuk PRU15 kepada pucuk pimpinan khususnya Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memberi peluang yang adil kepada wanita. Kami menaruh kepercayaan yang tinggi pucuk pimpinan akan membuat keputusan yang baik," katanya.
Sesi pemukiman itu, yang bermula 15 Julai hingga hari ini, disertai lebih 140 orang terdiri daripada pemimpin sayap wanita Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Rina berkata, 80 peratus daripada peruntukan kementerian adalah disalurkan kepada penerima bantuan JKM dan jumlah itu akan dikekalkan. - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
Jumlah mangsa banjir terus berkurang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurang setakat 8 malam ini.
Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.