awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Anwar dan Prabowo: Dua sahabat, satu rantau, satu harapan
MALAYSIA
Kekangan kewangan dihadapi remaja ke IPG dapat perhatian Menteri Pendidikan
MALAYSIA
KDN tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Langkah perkukuh institusi agama perlu terus diutamakan - Tuanku Muhriz

Bernama
Bernama
27/06/2025
00:50 MYT
Sponsor Banner
Langkah perkukuh institusi agama perlu terus diutamakan - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz bertitah sempena Sambutan Maal Hijrah 1447 Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban, 26 Jun 2025. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah bahawa langkah ke arah memperkukuh institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri itu perlu terus diutamakan.

Ringkasan AI
  • Perkukuh Institusi Agama dan Undang-Undang Islam - Tuanku Muhriz menekankan kepentingan memperkukuh institusi agama dan pelaksanaan undang-undang Islam serta menyeru agar isu agama dirujuk kepada pihak berautoriti bagi mengelak kekeliruan dan konflik.
  • Seru Hijrah Diri dan Masyarakat - Baginda menyeru umat Islam melakukan penghijrahan diri dengan memperbaiki akhlak, keikhlasan dan nilai murni, bermula dari rumah dengan didikan agama dan kasih sayang keluarga.
  • Islam Agama Menyeluruh dan Membawa Kedamaian - Baginda menegaskan bahawa Islam adalah agama lengkap yang menyeimbangkan aspek duniawi dan ukhrawi, mementingkan kedamaian, persaudaraan, serta toleransi dalam masyarakat berbilang kaum.

Baginda bertitah isu-isu keagamaan mesti dirujuk kepada pihak berautoriti agama dan tidak wajar dibuat tafsiran secara individu atau berkelompok kerana boleh mencetuskan kecelaruan, ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
"Beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam.
"Beta percaya Menteri Besar serta seluruh jentera pentadbiran kerajaan Beta akan dapat menjalankan amanah dengan penuh tekad dan iltizam bagi memastikan agenda perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini dapat dilaksanakan dengan baik," titah baginda sempena Sambutan Maal Hijrah 1447 peringkat negeri di Masjid Negeri di sini semalam.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-'Abidin.
Tuanku Muhriz turut mengingatkan bahawa Islam yang diperuntukkan kedudukan istimewa dalam negara ini hendaklah diangkat kemuliaannya tanpa dinafikan keadilan terhadap pengamalan agama lain.
Dalam pada itu, baginda bertitah sebagaimana peristiwa hijrah mengangkat martabat dan tamadun Islam serta umatnya, maka masyarakat juga perlu melakukan penghijrahan dengan berusaha memperbaiki akhlak, keikhlasan dan ketekunan dalam menjalani kehidupan seharian selaras dengan ajaran Islam.
"Hakikatnya, hijrah bermula dari dalam diri setiap individu. Pembaharuan kepada sikap berlandaskan nilai murni yang luhur adalah asas melahirkan sebuah masyarakat lebih mulia dan negara lebih cemerlang. Penekanan ini juga haruslah bermula dari rumah melalui didikan agama, kasih sayang dan teladan ibu bapa," titah baginda.
Titah Tuanku Muhriz proses penghijrahan akan lebih bermakna sekiranya dipandu dengan ilmu kerana dengan penguasaan ilmu, seseorang dapat memahami hikmah di sebalik perintah agama, menilai baik buruk tindakan serta membuat keputusan bijak dalam memilih jalan hidup yang benar.
"Justeru, hijrah yang dibimbing oleh ilmu akan melahirkan perubahan lebih tulen dan memberi kesan positif bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada masyarakat sekeliling," titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah hijrah Rasululah SAW membuktikan bahawa Islam bukanlah agama yang mementingkan amalan kerohanian semata-mata tetapi menyeluruh dan lengkap merangkumi semua aspek kehidupan selain merupakan agama yang memimpin urusan duniawi dan ukhrawi.
Titah baginda, di samping aspek ekonomi dan teknologi, Islam juga menitikberatkan nilai spiritual, integriti dan tanggungjawab moral dan merupakan acuan keseimbangan terbaik dengan melibatkan pembangunan berteraskan nilai kemanusiaan dan ketuhanan.
"Rasulullah SAW juga telah menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang membawa kedamaian dan mengutamakan semangat persaudaraan.
"Baginda sentiasa mempamerkan sifat saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjunjung tinggi hak seseorang individu tanpa mengira latar belakang selain memilih pendekatan penuh toleransi dalam menyatukan masyarakat Islam dan bukan Islam sehingga berjaya mewujudkan perpaduan yang kukuh pada ketika itu," titah Tuanku Muhriz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islam
#integriti
#isu agama
#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami