NATIONAL
Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak

Saarani (foto) menjelaskan bahawa pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan pembangkang bertujuan melancarkan tugas dan tanggungjawab pentadbiran kerajaan negeri. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab pentadbiran kerajaan negeri.
Ringkasan AI
- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menjelaskan bahawa pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan pembangkang bertujuan melancarkan tugas dan tanggungjawab pentadbiran kerajaan negeri.
- Saarani menegaskan bahawa dakwaan pembangkang mengenai pelantikan ini menjejaskan karier ADUN adalah tidak berasas, kerana pembangkang juga melakukan perkara yang sama di negeri yang mereka tadbir.
- Pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar memastikan ada wakil kerajaan untuk dirujuk oleh agensi berkaitan, memudahkan urusan kerajaan tanpa perlu menjemput ketua bahagian.
"Pejabat daerah umpamanya atau mana-mana agensi kerajaan tidak lagi pening nak menjemput wakil kerajaan kerana sudah ada wakil, takkan nak jemput ketua bahagian jika melibatkan urusan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penerima Program Kad Perak Sejahtera di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini.
Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang yang dibangkitkan oleh ADUN Kenering Husairi Ariffin yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri melantik pegawai khas di semua kawasan pembangkang.
Dalam pada itu Saarani berkata Husairi sepatutnya tidak perlu bimbang kecuali wakil rakyat itu resah dengan khidmat bakti yang dicurahkan pegawai khas yang dilantik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami