Lapan kenderaan, sebuah rumah dijilat api selepas bengkel cat kereta terbakar

Kebakaran itu yang dipercayai berpunca akibat panahan petir, turut mengakibatkan sebuah rumah bersebelahan bengkel terbabit terbakar. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Lapan kereta musnah dijilat api selepas sebuah bengkel mengecat kereta terbakar dalam kejadian di Sungai Sedu, Banting, dekat sini petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata kebakaran itu yang dipercayai berpunca akibat panahan petir kira-kira pukul 5 petang, turut mengakibatkan sebuah rumah bersebelahan bengkel terbabit terbakar.
"Kebakaran disedari orang awam sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis dengan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 5.20 petang.
"Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Api berjaya dipadamkan lebih kurang pukul 7.20 malam," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata JBPM masih meneruskan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk memastikan keadaan terkawal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


