awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lot kedai di Endau musnah terbakar

Bernama
Bernama
31/07/2021
06:40 MYT
Lapan lot kedai di Endau musnah terbakar
Operasi pemadaman ditamatkan pada 5 pagi tadi.- Gambar hiasan
MERSING: Lapan unit lot kedai di stesen bas Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima laporan kejadian itu pada 3.55 pagi sebelum 14 anggota dikejarkan ke lokasi.
Beliau berkata dua jentera 'Fire Rescue Tender' (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Endau dan BBP Mersing turut dihantar ke tempat kejadian.
"Kebakaran tersebut melibatkan lapan unit lot kedai yang telah kosong dan ditinggalkan yang mengakibatkan kemusnahan 80 peratus, manakala sebuah motosikal yang tidak diketahui jenis dan nombor pendaftaran turut terbakar 90 peratus.
"Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau operasi pemadaman ditamatkan pada 5 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terbakar
#musnah
#Endau
#FRT
#EMRS
#bomba
#BBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan