NATIONAL
Lapan unit rumah dibina atas tanah kerajaan di Klang diroboh

Sebanyak lapan unit rumah kediaman dirobohkan dalam operasi meroboh struktur binaan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan di Persiaran Sungai Keramat di Klang. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Lapan unit rumah kediaman di Persiaran Sungai Keramat, Klang yang dibina di atas tanah milik kerajaan dirobohkan dalam satu operasi bersepadu hari ini.
Ringkasan AI
- Lapan unit rumah kediaman di Persiaran Sungai Keramat, Klang yang dibina di atas tanah milik kerajaan dirobohkan dalam satu operasi bersepadu.
- Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) telah mengeluarkan Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara pada 16 Julai 2024 kepada pengusaha tapak terbabit.
- Pencerobohan tanah kerajaan merupakan kesalahan serius di bawah Kanun Tanah Negara dan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
"PDTK juga telah menaikkan papan tanda amaran dan menutup tapak, namun pengusaha masih berdegil meneruskan pembinaan rumah-rumah itu walaupun telah berulang kali diberikan amaran.
"Pengusaha juga dipercayai telah menawarkan penjualan rumah berkenaan kepada orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran jualan rumah tanpa menyelidiki latar belakang projek.
"Pentadbir Tanah Klang juga menegaskan bahawa pencerobohan tanah kerajaan merupakan satu kesalahan serius di bawah Kanun Tanah Negara dan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Operasi bersepadu itu melibatkan PDTK, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, polis, Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami