awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan akhir siasatan teknikal insiden MH17 akan dikemukakan Oktober - Najib Razak

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2015
03:21 MYT
Laporan akhir siasatan teknikal insiden MH17 akan dikemukakan Oktober - Najib Razak
Menurut Najib lagi, draf laporan akhir siasatan dan kemalangan mengenai laluan penerbangan sudah diedar kepada wakil bertauliah. - Foto Astro AWANI
Laporan akhir siasatan teknikal insiden pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 akan dikemukakan awal Oktober depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan di peringkat ini, Lembaga Siasatan Belanda, DSB dalam proses untuk memuktamadkan draf akhir laporan.
Menurut Najib lagi, draf laporan akhir siasatan dan kemalangan mengenai laluan penerbangan sudah diedar kepada wakil bertauliah.
Ia akan diteliti mengikut peruntukan Lampiran 13, Pertubuhan Penerbangan Antarabangsa, ICAO dalam tempoh 60 hari.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peringatan Khas sempena setahun tragedi MH17.
Najib juga menyarankan kerajaan negara lain memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha Malaysia mengemukakan usul resolusi ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, bagi menuntut penubuhan Tribunal MH17 bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Ini bagi memastikan bukti yang dikemukakan bagi menghukum mereka tidak boleh dipertikai.
Topic Berkaitan
#Belanda
#DSB
#Lembaga Siasatan Belanda
#MH17
#Najib Razak
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan