KUALA LUMPUR: Pengurusan mitigasi banjir Kuala Lumpur masih belum mencapai objektif ditetapkan berdasarkan skop dan sampel audit meliputi enam daripada 23 atau 26.1 peratus projek mitigasi banjir di bawah Pelan Induk dan lokasi hotspot (titik panas) banjir kilat.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, cadangan langkah mitigasi banjir fasa jangka pendek (2018-2022) di bawah Pelan Induk belum dilaksanakan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali gus menyebabkan masalah banjir kilat belum dapat diatasi.
"Selain itu, masih berlaku kejadian banjir kilat selepas projek mitigasi banjir dilaksanakan.
"Terdapat kelemahan dalam pengurusan program iaitu, pelantikan kontraktor yang tidak teratur, kelemahan pentadbiran kontrak, penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan dengan cekap, komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi tidak sempurna serta kolam takungan belum diwartakan," menurut laporan itu.
Justeru, LKAN mengesyorkan DBKL agar melaksanakan mitigasi banjir secara seimbang dan konsisten dengan mengambil kira keperluan cadangan perunding dalam Pelan Induk dan keperluan pelaksanaan projek hotspot banjir supaya pelaksanaan program mitigasi banjir menjadi lebih menyeluruh dan holistik.
LKAN juga mengesyorkan pihak berkuasa tempatan (PBT ) itu melaksanakan penilaian pencapaian keberhasilan berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard bagi memastikan program mitigasi dapat dinilai dari segi keberkesanannya menangani banjir.
"Kajian semula komponen dan konfigurasi kolam takungan banjir dan rekreasi milik DBKL serta melaksanakan kerja penyenggaraan secara berjadual dan menyeluruh bagi memastikan kolam takungan banjir berfungsi secara optimum," menurut laporan itu.
Audit turut mengesyorkan DBKL mengemas kini rekod aset atau infrastruktur sungai, kolam takungan banjir dan rekreasi serta menambahbaik kaedah pemantauan di lapangan semasa melaksanakan kawal selia terhadap projek dan penyelenggaraan yang dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Audit turut mengesyorkan DBKL mengemas kini rekod aset atau infrastruktur sungai, kolam takungan banjir dan rekreasi serta menambahbaik kaedah pemantauan di lapangan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
LTAT perlu struktur semula strategi pelaburan, tingkat keupayaan pembayaran dividen
LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani.
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion - LKAN
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat sebanyak RM14.164 bilion atau 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion berbanding RM217.201 bilion pada 2021.
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada 2022 - LKAN
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada akhir 2022 berkurangan sebanyak RM8.24 bilion.