Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, SPRM memberitahu kedua-dua pihak mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini.

“Berkaitan kerjasama yang dinyatakan, ia tertumpu kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pada Khamis, pihak 1MDB menafikan syarikat itu berdepan saman sivil oleh kerajaan AS dan menegaskan ia tidak mempunyai aset di negara itu atau mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi.

Artikel berkaitan:

BACA: 1MDB: Tiada tuntutan tindakan salah laku jenayah dalam laporan DOJ - PM

BACA: 1MDB: Tiada lagi perkara yang disembunyi - Salleh Said Keruak

BACA: Singapura sita aset RM710 juta dalam siasatan berkaitan 1MDB

BACA: Laporan DOJ: Tun Dr Mahathir kemuka tiga langkah yang perlu diambil