MELAKA: Laporan penuh mengenai kematian pegawai bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang lemas ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, Ayer Keroh di sini, akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata siasatan dalaman di peringkat JBPM negeri siap minggu lepas, manakala siasatan akhir melibatkan pegawai kanan dari ibu pejabat JBPM Putrajaya selesai hari ini.
Beliau berkata 13 pegawai dan beberapa orang awam yang terlibat dalam operasi itu telah dirakam percakapan.
''Siasatan yang merangkumi segala aspek termasuk prosedur operasi standard, kelemahan dan kekuatan serta situasi insiden yang berlaku itu diketuai oleh pegawai kanan ibu pejabat JBPM Putrajaya yang turut melibatkan pakar perubatan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan hasil sumbangan bekas Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim serta orang ramai berjumlah RM12,450 kepada balu Allahyarham, Noraida Che Nor, 39, di rumahnya di sini hari ini.
BACA: Anggota bomba lemas ketika misi menyelamat meninggal dunia
Allahyarham yang berusia 46 tahun mempunyai empat orang anak iaitu Muhammad Daniel Hakimie,18, Nurul Ain Balqis,16, Muhamad Danish Hakim,12, dan Nurul Anisah Ilya,9.
Pada 20 Okt lepas, Allahyarham Mohd Diya yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini.
Insiden pada kira-kira 5 petang itu berlaku semasa Allahyarham yang sedang cuba memasang tali bagi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap, tergelincir akibat ditolak arus deras dan paras air yang meningkat dengan mendadak.
Mohd Diya disahkan meninggal dunia pada 21 Okt lepas ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Mohd Diya disahkan meninggal dunia pada 21 Okt lepas ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. - Foto ihsan JBPM Melaka
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Laporan penuh siasatan anggota bomba lemas diketahui dua minggu lagi
Siasatan dalaman di peringkat JBPM negeri siap minggu lepas, manakala siasatan akhir melibatkan pegawai kanan dari ibu pejabat JBPM Putrajaya selesai hari ini.