BUTTERWORTH: Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu masih menjalankan siasatan terperinci dan tumpuan diberikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan bot.
"Siasatan berada di peringkat akhir dan kita sudah mengenal pasti serta merakamkan keterangan dua saksi berada bersama mangsa selain mengkaji segenap sudut kemungkinan yang berlaku (semasa kejadian).
"Siasatan dijangka siap dalam masa dua minggu sebelum kita rumuskan dapatan keseluruhan insiden terbabit disusuli dengan melihat kaedah yang perlu ditambah baik dalam SOP sedia ada," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah keluarga Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Allahyarham Mohd Izwan Illias di Pekan Darat di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Nor Hisham bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan bayaran pampasan kerajaan termasuk pampasan JBPM berjumlah RM272,923.07 kepada balu Allahyarham, Jamaliah Abd Majid.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Zakaria Taib.
Sebelum ini, media melaporkan Mohd Izwan, 42, dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja menyelenggara bot dan ditemukan lemas selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak berusia enam hingga 16 tahun.
Sementara itu, Aiman Athirah berkata beliau akan membantu menyelaraskan bantuan yang disalurkan bagi memastikan kebajikan keluarga Allahyarham Mohd Izwan dijaga.
"JKM memaklumkan bahawa anak-anak ini layak menerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sehingga usia mereka mencecah 18 tahun.
"Saya akan memastikan bantuan yang sudah direncana melalui sesi perbincangan bersama agensi sama ada di peringkat pusat dan negeri dapat dilaksanakan bagi memastikan keluarga ini mendapat bantuan diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Aiman Athirah (dua, kiri) menyampaikan wang pampasan allahyarham Mohd Izwan kepada balunya, Jamaliah Abd Majid di kediamannya pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas
JBPM Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir
Tindakan memadam kebakaran terus dilakukan dengan satu aliran dua pancutan serta membuat pemerhatian secara menyeluruh.