awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan TMI berkenaan panel SPRM mengelirukan, ketua editor akan dipanggil - KPN

Haider Yutim
Haider Yutim
26/02/2016
04:50 MYT
Laporan TMI berkenaan panel SPRM mengelirukan, ketua editor akan dipanggil - KPN
Khalid berkata laporan yang disiarkan oleh TMI berkenaan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengelirukan orang ramai. - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Ketua Editor The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq.
Dalam posting di Twitter beliau hari ini, Khalid berkata ia susulan laporan yang disiarkan oleh TMI berkenaan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disifatkannya telah mengelirukan orang ramai.
PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat lapuran yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel MACC
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 26, 2016
Semalam, Panel Penilaian Operasi (PPO) yang menasihati SPRM menafikan mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan portal berita The Malaysian Insider hari ini.
Pengerusinya Tan Sri Hamid Bugo menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dirinya dalam laporan tersebut yang memetik sumber tanpa nama sebagai pemberi maklumat.
Pada Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman TMI ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam kenyataan tersebut, SKMM menyatakan bahawa sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Sehubungan itu, MCMC memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya. Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini.
Akses kepada portal berita itu telah mula disekat petang Khamis oleh beberapa penyedia jaringan Internet atas alasan ia telah ‘melanggar undang-undang negara’.
Topic Berkaitan
#JAHABAR SADIQ
#Khalid Abu Bakar
#polis
#portal berita
#SKMM
#SPRM
#TMI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan