awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laungan "Daulat Tuanku" akhiri mesyuarat khas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/01/2019
12:21 MYT
Laungan "Daulat Tuanku" akhiri mesyuarat khas
Sejurus mesyuarat itu berakhir, baginda berkenan mengambil gambar kenang-kenangan bersama Kerabat Diraja, berserta Ahli Jumaah Pangkuan Diraja yang lain. - Foto Astro AWANI/Firdaus Azil
Laungan “Daulat Tuanku” kedengaran beberapa kali sebelum Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, yang dipengerusikan Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tamat sepenuhnya.
Agenda utama mesyuarat itu difahamkan bagi melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang baharu, menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini sedang gering.
Sejurus mesyuarat itu berakhir, baginda berkenan mengambil gambar kenang-kenangan bersama Kerabat Diraja, berserta Ahli Jumaah Pangkuan Diraja yang lain.
BACA: Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah
Baginda juga sempat diberikan salam dan pelukan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebelum pasangan Diraja itu berkenan mengambil gambar.
Sejurus kemudian, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak memaklumkan kepada media, akan ada satu sidang media khas mengenai keputusan mesyuarat khas itu, bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, 3 petang esok.
Topic Berkaitan
#Daulat Tuanku
#Jumaah Pangkuan Diraja Pahang
#Mesyuarat Khas
#Pahang
#Pemangku Raja Pahang
#Tengku Abdullah
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan