BEIJING: Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi, dipacu dengan kerjasama lebih mendalam dan bermakna dalam pelbagai aspek.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama strategik ini merangkumi antaranya bidang politik, perdagangan dan pelaburan.
Beliau turut menyifatkan lawatan rasmi sulungnya ke China sebagai satu pencapaian yang membawa manfaat besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
Menurut beliau tumpuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pemimpin China serta sambutan daripada tokoh-tokoh perniagaan dan industri China terhadap lawatannya ini menunjukkan keakraban hubungan kedua-dua negara.
"Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Saya anggap ini satu perkembangan sangat positif. Kunjungan ini memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia," katanya kepada media Malaysia dalam satu sidang akhbar di akhir lawatan rasmi beliau ke China di sini malam tadi.
Perdana Menteri berkata semasa pertemuan beliau dengan Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatan Li Qiang, kedua-dua pihak bersetuju untuk merancakkan hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk mempercepatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Dalam projek usahasama, beliau berkata China bersetuju untuk menggunakan tenaga kerja mahir dan profesional tempatan berbanding amalan sebelumnya.
"Mereka bersetuju untuk menggunakan tenaga kerja tempatan. Hanya untuk bidang-bidang pengkhususan yang tidak terdapat di Malaysia, mereka akan bawa masuk dari China.
Ini akan terpakai ke atas semua projek-projek lain," kata beliau.
Anwar berkata kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka bidang-bidang kerjasama baharu termasuk pembuatan kereta generasi baharu serta industri halal.
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke China juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion.
Jumlah itu yang terbesar setakat ini dari China adalah hasil daripada 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.
China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM487.13 bilion (AS$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus daripada 2021.
Dari segi politik dan diplomasi, lawatan sulung rasmi Anwar ke negara ini juga bersempena ulang tahun ke-10 penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China pada tahun ini, manakala kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 tahun hubungan diplomatik pada 2024.
Sehubungan itu, Anwar berkata sebagai meraikan hubungan bersejarah berkenaan, beliau telah mengundang Xi dan Li untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.
Sementara itu, dalam isu serantau dan antarabangsa, Perdana Menteri berkata pemimpin China menzahirkan sokongan mereka terhadap Kepaksian ASEAN.
"(Semasa pertemuan) kita juga berpendirian bahawa ASEAN perlu kekal sebagai satu blok bebas dan tidak memihak bagi mengelak daripada perseteruan dan perdambaan kuasa besar," katanya.
Beliau berkata dalam perjumpaan bersama Xi, Presiden itu juga mengakui peranan dan sumbangan Malaysia dalam dunia Islam dan mencadangkan supaya Malaysia dan China bekerjasama bagi manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua negara, tetapi negara-negara Islam lain, contohnya dalam industri halal.
Dalam pada itu, Anwar berkata beliau turut meminta Xi supaya menggunakan pengaruhnya sebagai Presiden China untuk membantu menyelesaikan pergolakan politik di Myanmar.
Delegasi Malaysia ke China disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama strategik ini merangkumi antaranya bidang politik, perdagangan dan pelaburan. - Foto BERNAMA

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

HETR dijangka sumbang RM61 bilion KDNK negara - PM Anwar
Insiatiaf itu juga antara lain bakal mewujudkan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.

Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Jokowi, yang turut disertai Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Kunjungan Presiden Jokowi signifikan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

PM Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas.

Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah beri implikasi besar kepada Malaysia - Anwar
Anwar berkata beliau tidak menghalang untuk mana-mana pihak membuat kajian, perbincangan, atau seminar tetapi tidak boleh sehingga melanggar prinsip Perlembagaan.

'Saya ambil dari orang kaya supaya yang miskin tidak terbeban' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendekatan itu terpaksa dibuat bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.