Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan lawatannya ke Julau, Sarawak Selasa lepas adalah atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau sekali gus menolak dakwaan kedatangannya ke negeri itu adalah untuk berkempen bagi pemilihan PKR.
Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata beliau pada asalnya dijadualkan ke Sarawak selepas sesi pemilihan parti, namun tarikh pemilihan itu ditunda ke 10 Nov.
"Saya tak kempen. Saya nak kempen untuk siapa. Saya pun tak bertanding, malah ia bukannya pilihan raya umum, ia sebuah negeri pembangkang, dan kami mahu menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan tidak melakukan diskriminasi.
"Saya (sepatutnya) pergi ke sana selepas pemilihan parti, tetapi secara kebetulan ia ditunda," katanya kepada media selepas program lawatan ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini, pada Khamis.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya, berkata lawatan Dr Wan Azizah tidak kena pada masanya, kerana menjelang pemilihan terakhir PKR di negeri tersebut.
Latheefa berkata, Dr Wan Azizah sepanjang lawatan itu turut dilihat diiringi Larry Sng Wei Shien yang sebelum ini secara terbuka mengumumkan menyokong Rafizi Ramli, calon timbalan presiden parti.
Beliau mendakwa lawatan Dr Wan Azizah ke Julau turut membabitkan penggunaan jawatan rasmi beliau dalam Kabinet, selain aset kerajaan, termasuk pengumuman peruntukan RM100,000 untuk membina jalan raya di kawasan itu.
Menurut Latheefa, pengumuman itu dibuat dengan kehadiran Sng yang juga calon bertanding bagi Ketua Cabang Julau dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
Beliau sekali gus menolak dakwaan kedatangannya ke negeri itu adalah untuk berkempen bagi pemilihan PKR.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FCC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Pemerhatian itu memberikan pandangan baharu tentang kemampuan merawat diri sendiri dalam spesis tersebut, selain menggariskan persamaan antara manusia dan orang utan.
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Reformasi pendidikan: Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.