JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu termasuk dari dalam dan luar negara untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata beliau turut memberi jaminan bahawa tiada pihak yang akan dilindungi dalam siasatan itu.
"Saya dapat maklumat dari pegawai penyiasat, ramai lagi saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga melibatkan luar negara.
"Saya tidak menolak sesiapa sahaja (untuk diambil keterangan), baik VIP atau menteri yang terlibat dalam kes ini, semua akan dipanggil bagi memastikan siasatan kes dapat dijalankan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 26 Bil 1/2022 Penolong Penguasa P29, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas yang menegaskan bahawa siasatan berhubung isu pembinaan LCS itu mesti diteruskan.
"Siasatan ke arah membuktikan bagaimana berlaku kehilangan wang begitu besar dalam kes LCS ini, jadi beri masa pada kita untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Anwar dilaporkan sebagai berkata pendakwaan berhubung isu pembinaan LCS pada peringkat awal, sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan, selain pendakwaan tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.
Ketika diminta mengulas mengenai Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar SPRM menyiasat dana politik yang diterima UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Azam berkata pihaknya bersedia untuk menyiasat mana-mana pemimpin parti politik sekiranya terdapat aduan dan bukti salah saku rasuah.
"Kita memang perlu aduan, tetapi sekiranya apa-apa maklumat diterima, kita juga akan melihat kepada maklumat itu. Sebagai contoh, sesuatu parti mungkin tidak ada apa-apa kepentingan, tidak memerintah dan tidak ada kuasa, kalau dia memberi sumbangan, dia tidak melakukan sesuatu kesalahan pada asasnya.
"Mengikut akta kami, kalau seseorang itu mempunyai satu kuasa, dia datang dari satu parti lain, sekiranya menerima apa-apa sumbangan dari sesuatu pihak, tetapi pihak itu ada kepentingan dengan kerajaan, maka ia diklasifikasikan sebagai kesalahan rasuah yang perlu disiasat SPRM.
"Kalau sekiranya ada bukti kesalahan rasuah, kita siasatlah, tiada masalah," kata Azam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (tengah) menyempurnakan gimik Perasmian Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM (Penolong Penguasa P29) di perkarangan Kompleks SPRM Johor hari ini. - Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut
Kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Isu LCS: Mindef nafi tak libat AGC, tiada kemajuan pembinaan
Kementerian Pertahanan menegaskan AGC sentiasa dilibatkan dalam memuktamadkan perjanjian tambahan keenam (SA6) berkenaan pembinaan LCS.
Lanjut lagi, PAC dedah 5 kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029
Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan kesemua lima kapal berkenaan akan diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.
Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.