KUCHING: Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, kerajaan pimpinannya tidak akan berkompromi dalam hal pendidikan terutama bagi memberi keselesaan kepada pelajar.
"Apabila saya mendengar taklimat pembangunan Sarawak, saya dimaklumkan tentang rumah guru dan sekolah daif di Sarawak. Saya memanggil Menteri Kewangan untuk memastikan isu itu diselesaikan segera.
"Kita (kerajaan) akan sediakan peruntukan besar untuk pastikan sekolah daif itu dapat kita naik taraf, dibaik pulih atau dibina baru di seluruh Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam ini.
Sementara itu, mengenai pembangunan di Sarawak, Ismail Sabri berkata Kerajaan Pusat akan sentiasa memberi tumpuan kepada negeri ini.
Tambah beliau, sebagai contoh program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan memastikan semua kawasan luar bandar mendapat capaian internet tanpa gangguan.
"Kita tidak mahu seperti berlaku di Sabah sebelum ini yang mana ada yang kena naik pokok untuk dapat Internet. Jadi kita bagi peruntukan besar supaya capaian 5G dapat dicapai di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Shafik Ahmad
Sat Dec 04 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022
455 buah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif dan berada dalam kategori kritikal sehingga April 2022.
DUN Sarawak: Lima sekolah daif di DUN Tamin dalam pembinaan - Dr Annuar
kesemua pembinaan sekolah daif itu dilaksanakan di bawah skim bayaran pendahuluan RM1 bilion antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.
Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf - PM
Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih.
186 projek naik taraf, pembangunan semula sekolah di Sarawak diluluskan sejak 2019
Kesemua projek tersebut melibatkan kos berjumlah RM1.579 bilion.
433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses
Sejumlah 433 daripada 1,200 sekolah daif di seluruh Sarawak telah dibaik pulih menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal
Kementerian Kewangan sudahpun menyerahkan kebenaran memulakan kerja awalan untuk projek baik pulih sekolah daif Sarawak sejak 5 Ogos lagi.