awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 300 penduduk di Kluang dipindahkan

Bernama
Bernama
21/01/2018
02:13 MYT
Lebih 300 penduduk di Kluang dipindahkan
Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kluang dibuka bagi menempatkan 82 keluarga. - Gambar Hiasan
Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.
Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya di Simpang Renggam.
"Setakat ini, seramai 179 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Chokro; 127 mangsa daripada 32 keluarga di Masjid As-Sobirin, Kampung Shaari dan 42 mangsa daripada sembilan keluarga di Dewan Kampung Kolam Air," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Menurut beliau, ketiga-tiga pusat pemindahan itu dibuka secara berperingkat bermula 9 malam tadi hingga 1 pagi ini.
Berdasarkan pemantauan, air Sungai Kampung Chokro yang didapati melimpah dan memasuki rumah penduduk sebelum ini, sudah pun semakin surut setakat 8 pagi ini.
Bagaimanapun, paras air di Sungai Benut pula telah melebihi aras berbahaya, tambahnya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Ayub Rahmat
#Kluang
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan