awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 700,000 pengguna alami gangguan bekalan air - SYABAS

Haider Yutim
Haider Yutim
26/06/2014
07:26 MYT
Lebih 700,000 pengguna alami gangguan bekalan air - SYABAS
SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama
Pengguna yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan air dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah, kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan.
Ini kerana katanya, air di kawasan tidak terjejas itu masih boleh diagihkan ke kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air.
Menurut SYABAS, kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air serta tekanan rendah.
"Pada masa kini SYABAS hanya boleh bantu dari segi menghantar lori-lori tangki. Keupayaan kami untuk membantu amatlah terhad disebabkan jumlah air yang tidak mencukupi," jelas Priscilla ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, katanya keputusan catuan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Katanya, SYABAS yang bertanggungjawab mengagihkan air, hanya menunggu keputusan kerajaan negeri.
Sementara itu, SYABAS turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah.
Menurut kenyataan oleh Priscilla, ia berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.
Jelasnya, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.
Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
"Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.
"Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.
"Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan," kata kenyataan tersebut lagi.
Menurut Priscilla, pihaknya menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.
Katanya bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.
"Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat.
"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," jelasnya lagi.
Tambah Priscilla, pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa menerusi media.
Berikut merupakan antara kawasan yang telibat oleh gangguan air tidak berjadual tersebut:
WILAYAH GOMBAK
Air panas Aman Siara Ampang Jaya Ampang Water Front Andaman Ukay Astana Gemilang AU1 – AU5 Balai Polis Gombak Bandar Baru Ampang Bandar Baru Selayang Bandar Baru Wangsa Maju Beverly Height Bukit Antarabangsa Bukit Idaman/Idaman Hills Bukit Indah Bukit Lela Bukit Setiawangsa Bukit Wangsa Mas Dagang Jaya/ Halaman Indah Dataran Ukay Desa bakti Desa Hussein Onn Desa Lembah Pantai Desa Melawati Desa Minang Gombak Setia Harmonis Industri Bolton Intan Baiduri Jalan Ampang Jalan Chung Hwa Gombak Jalan Genting Kelang Jalan Hulu Kelang Jalan Kepong Jinjang Baru Jinjang Selatan Kampung Ampang Campuran Kampung Ampang Indah Kampung Baru Ampang Kampung Cangkat Kampung Dato Mufti Kampung Datuk Keramat Kampung Kemensah Kampung Kerdas Kampung Klang Gates Kampung Kok Doh Kampung Lee Kong Chian Kampung Melayu Ampang Kampung Melayu FRIM Kampung Padang Balang Kampung Pasir Hulu Kelang Kampung Puah Kampung Setia Jaya Kampung SPG 3 Gombak Kampung Sri Gombak Indah Kampung Sungai Mulia Kampung Sungai Sering Kampung Tasek Permai Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang Kemensah Heights Kepong Baru Kepong Interprenuer Keramat Hujung Kuala Ampang Magna Villa Megan Setapak Metro Prima One Selayang Pesona Villa Pinggiran Batu Caves Platinum Victory Prima Melawati Prima Selayang Puncak Setiawangsa Pusat Kepong Rampai Niaga Business Park Residen Sri Utara Rimbunan Melati Selayang Baru Selayang Height Selayang Jaya Selayang Pandang Selayang Permai Selayang Segar Selayang Sejati Selayang Utama Sering Ukay Setapak Jaya Sri Edaran Kepong Sri Gombak Sri Melati Sri Murni Taman Ampang Indah Taman Ampang Mewah Taman Ampang Prima Taman Ampang Utama Taman Andaman Wangsa Maju Taman Beringin Jinjang Taman Bidara Taman Bukit Ampang Taman Bukit Ampang Permai Taman Bukit Jaya Taman Bukit Jubina Taman Bukit Kemensah Taman Bukit Mas Melawati Taman Bukit Mewah Taman Bukit Mulia Taman Bukit Utama Taman Bunga raya Taman Cahaya Indah Taman Cemerlang Taman Danau kota Taman DAR Taman Desa Setapak Taman Fadason Taman Faizura Ampang Taman Gombak Jaya Taman Grandview Ampang Jaya Taman Halaman/ KESUMA Taman Harmonis Taman Hijau Taman Hillview Taman Ibukota Taman Kamariah Taman Kelab Ukay Taman Kemensah Indah Taman Kepong Taman KOSAS Taman Melati Taman P.Ramlee Taman Pandan Ria Ampang Taman Permai Jaya Ampang Taman Permai Jaya Ampang Taman Permata Taman Perwira 2 Ampang Jaya Taman Perwira Gombak Taman Pinggiran Ukay Taman Puncak Utama Taman Raintree Taman Rasmi Jaya Taman Selayang Baru Taman Setapak Indah Taman Setapak Permai Taman Setia Gombak Taman Setiawangsa Taman Sri Ampang Taman Sri Bayu Taman Sri Jaya Ampang Taman Sri Keramat Taman Sri Rampai Taman Sri Segambut Taman Sri Ukay Taman Sri Watan Taman Suria Setapak Taman TAR Taman Uda Jaya Taman Usahawan Taman Wahyu Taman Wangsa Jaya Taman Wilayah Taman Zooview Taman/ Kampung Tasek Tambahan Ukay Bistari Ukay Height Ukay Perdana Villa Sri Ukay Villa Wangsa Mas Wangsa Maju Wangsa Melawati Wangsa Ukay
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Bandar Putera Batu 3 Shah Alam Batu 8 Bukit Kemuning Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning Bukit Naga Bukit Jelutong Jalan Harum Estate Jalan Hulubalang Jalan Kebun Jalan Kebun Nenas Jalan Sellathevan Kampung Baru HICOM Kampung Bukit Lanchong Kampung Kebun Bunga Kampung Lombong Kota Kemuning Lorong Seri Gambut Puncak Perdana Putra Height Seksyen 1, Shah Alam Seksyen 2, Shah Alam Seksyen 3, Shah Alam Seksyen 7, Shah Alam Seksyen 8, Shah Alam Seksyen 9, Shah Alam Seksyen 11 – 13, Shah Alam Seksyen 16, Shah Alam Bukit Rimau Jalan Kebun Kampung Lombong Berjaya Park Johan Setia Seksyen 22, Shah Alam Seksyen 25 (Axis), Shah Alam Seksyen 26, Shah Alam Seksyen 27, Shah Alam Seksyen 28, Shah Alam Seksyen 32, Shah Alam Seksyen 33, Shah Alam Seri Lembayung Subang Mas Taman Alam Nyata Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam Taman AMJ Taman Cahaya SPK Taman D’Kayangan Taman Desa Kemuning Taman Desa Latania Taman Kandis Permai Taman Samarinda Taman Sentosa Taman Sunway Suria Taman Subang Impian
WILAYAH PETALING
Seluruh USJ Subang
WILAYAH KUALA LUMPUR
Flat DBKL Dato Keramat Jalan Padang Tembak Jalan Semarak Jalan Gurney Kementah Pulapol Wisma tanah JUPEM Universiti Teknologi Malaysia(UTM) FELDA Pusat Latihan Telekom Jalan U-Thant Jalan Ampang Hilir Taman Pandan Jaya Taman Cempaka Taman Bakti Taman Nirwana Kampung Pandan Dalam Taman Cahaya Pandan Cahaya Taman Dagang Taman Shamelin Perkasa MINDEF Taman Tenaga Taman Miharja Taman Kobena Desa Pandan Flat Sri Melaka Jalan Kent 1 hingga 7 Taman Putra Sulaiman Taman Pandan Utama Bandar Sri Permaisuri
Topic Berkaitan
#air
#Gombak
#priscilla alfred
#Selangor
#SPAN
#SYABAS
#wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan