awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim

Bernama
Bernama
07/03/2025
20:00 MYT
Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim
Dr Sim menyuntik penerima suntikan pada majlis pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan Kepada Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Klinik Batu Kawa, pada Jumaat. - Gambar Bernama
KUCHING: Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, terdapat kekosongan jawatan di Sarawak pada masa ini yang dapat memenuhi permintaan mereka.
Beliau berkata, penempatan petugas penjagaan kesihatan ialah satu daripada isu yang sedang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Itulah sebabnya kita mahu menguruskan sistem penjagaan kesihatan daripada menunggu keputusan penempatan oleh kerajaan Persekutuan. Perkara ini antara isu di bawah MA63 yang dibincangkan supaya kita dapat membuat keputusan sendiri.
"Kami (memahami) bahawa kebanyakan mereka lebih suka untuk bekerja di negeri asal. Kos untuk pulang ke kampung halaman juga lebih murah dan perbezaan amat ketara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk Warga Emas di Sarawak, di sini, pada Jumaat.
Pada 3 Mac, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata, penempatan jururawat di luar negeri asal mereka adalah antara sebab ada yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan di Kementerian Kesihatan (KKM).
Lukanisman berkata, keadaan itu menjadi cabaran kepada kementerian kerana penempatan jururawat ditentukan berdasarkan keperluan di setiap negeri.
Beliau berkata, sejumlah 1,754 jururawat berhenti daripada KKM sejak lima tahun lepas, dengan 27.98 peratus daripada mereka berbuat demikian disebabkan masalah peribadi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#warga emas
#Perjanjian Malaysia 1963
#masalah peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan