awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 8,000 'saman ekor' dikeluarkan hari pertama operasi saman tembak laju

Bernama
Bernama
22/08/2023
10:34 MYT
Lebih 8,000 'saman ekor' dikeluarkan hari pertama operasi saman tembak laju
JSPT menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan dengan saman dan notis saman K170A akan diposkan kemudian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,718 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dalam operasi saman tembak laju yang bermula semalam (21 Ogos).
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar berkata pemandu kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,352 saman manakala penunggang motosikal sebanyak 44 saman.
Beliau berkata kenderaan perdagangan dan perkhidmatan pula merekodkan sebanyak 322 saman.
"Notis pemberitahuan saman K170A bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan disampaikan kepada pemilik kenderaan mengikut alamat lesen memandu secara pos surat berdaftar.
"Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan boleh dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Nasri berkata operasi saman tembak laju atau saman ekor dijalankan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam negara.
Menurutnya dalam operasi berkenaan, JSPT menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan dengan saman dan notis saman K170A akan diposkan kemudian.
Katanya kesalahan memandu melebihi had laju dalah antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi trafik
#saman ekor
#Bukit Aman
#lokasi saman ekor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan