KUALA LUMPUR:Kemungkinan lebih banyak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dikenakan terutamanya di kawasan-kawasan yang berada di zon merah.
Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, langkah itu penting kerana ia sudah terbukti mampu memutuskan rantaian COVID-19.
Selain itu, jelas beliau, pelaksanaan PKPD disifatkan sebagai langkah tepat dalam menjamin keseimbangan menjaga kesihatan dan kelestarian ekonomi negara.
“Kita rakyat Malaysia haruslah menjangkakan lebih banyak kawasan PKPD akan dilaksanakan di seluruh negara.
“Mungkin kita memerlukan lebih banyak PKPD dalam masa akan datang kerana ia merupakan satu keseimbangan PKP bersatu negara di seluruh Malaysia dan PKP yang lebih bersasar.
“Selain itu, selepas 10 bulan melawan COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM), pasukan epidemiologi dan pasukan kesihatan awam mampu dan mempunyai kebolehan serta keupayaan untuk lebih tepat dan bersasar menentukan kawasan mana yang lebih bahaya dan berisiko tinggi. Jadi kita boleh melaksanakan PKPD di kawasan-kawasan tersebut,” katanya dalam temu bual menerusi Skype, pada Sabtu.
Mengulas mengenai pelaksanaan PKPD terbaharu di tujuh lokaliti, Dr Khor berpendapat, kerajaan dan kementerian terlibat harus menambah baik teknologi bagi memastikan penyaluran maklumat yang lebih cepat kepada rakyat.
BACA: Tujuh lokaliti di Sabah, kawasan Penjara Pokok Sena dikenakan PKPD
Selain itu, ujar beliau, data secara lebih tepat dan menyeluruh juga mampu membantu rakyat menganalisa dan memahami situasi semasa pandemik dengan lebih berkesan.
“Saya mencadangkan beberapa cadangan; pertama untuk meneruskan sidang media yang dilakukan oleh KKM kerana sidang media tersebut amatlah penting untuk memberikan data-data yang dikemaskini, tepat dan boleh diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia.Ini merupakan salah satu kejayaan KKM.
"Antara cadangan lain juga ialah untuk menambahbaik aplikasi MySejahtera. Aplikasi MySejahtera ini kalau kita tengok di negara-negara lain boleh menjadi aplikasi yang sangat berpengaruh untuk memberikan maklumat yang terkini, tepat dan lebih relevan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Khor menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan menerusi KKM mampu mengharungi gelombang ketiga pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, beliau menyeru agar semua pihak termasuk rakyat dan agensi-agensi berkaitan berganding bahu memberikan kerjasama kepada KKM dalam memastikan usaha melawan COVID-19 berjaya.
Setakat semalam, sebanyak 354 lagi kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 14,722 kes.
Selain itu, sebanyak enam kematian berkaitan COVID0-19 dicatatkan, menyaksikan jumlah kematian meningkat kepada152 kes iaitu bersamaan 1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Hasimi Muhamad
Sat Oct 10 2020

Enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 11 Oktober sehingga 24 Oktober - Gambar BERNAMA

Spesies dinosaur pemakan daun ditemui di Chile
Dinosour itu tergolong dalam keluarga Titanosour tetapi unik kerana ciri-ciri pada tulang di bahagian belakangnya.

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL
Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Sinar Harapan | Bekas pengikut Al Maunah jalani hidup baharu
Banduan Maunah sinar Dua puluh tahun menghuni penjara. Ianya bukan mudah untuk bekas banduan menyesuaikan diri selepas dibebaskan. Namun bagi Che Sabri Che Jaafar, 51 tahun, kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan Yang d-iPertuan Agong, Al Sultan Abdullah tahun lepas digunakan untuk membina hidup baru sebagai tukang jahit.

Kemalangan Maut | Pengusaha Adam Char Kuetiau maut kemalangan
Pengusaha Adam Char Kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan Seorang pengusaha char kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan lewat Selasa petang. Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, Zamri Juhari, 33 tahun dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meeninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan
Penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang cedera selepas kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di pada Selasa kini dilaporkan stabil.

Bekas pengikut Al Maunah jalani kehidupan baharu sebagai tukang jahit
Kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan digunakan untuk membina hidup baharu sebagai tukang jahit.

Badminton | penangguhan saingan terbuka India satu kelegaan
"Keputusan yang melegakan" Itu perkongsian Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann ekoran penangguhan saingan terbuka India disebabkan penularan wabak COVID-19.

Liga Super Eropah | PM Britain cari penyelesaian undang-undang
Ini pula kenyataan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkenaan Liga Super Eropah, ESL. Beliau tegasan tidak teragak-agak menggunakan pendekatan perundangan sekiranya perlu.

Kekal cergas, bertenaga ketika berpuasa, jangan tinggal sahur!
Soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

Bola Sepak | Isu pemain tempatan terpinggir
Isu pemain tempatan terpinggir dalam liga sendiri bukan perkara baru. Saban tahun, perkara ini jadi perbincangan ramai pihak dan kemuncaknya apabila kesan yang dirasai pasukan kebangsaan begitu ketara. Pemain tempatan rasa terpinggir, peluang untuk dapatkan minit bermain semakin kecil dan penguasaan pemain import dalam cetak jaringan musim ini jauh meninggalkan pemain tempatan.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

Rentas daerah di Sarawak hanya untuk perkhidmatan penting - Abang Jo
Keputusan diambil setelah menilai pengingkatan jumlah kes tempatan bagi kes-kes jangkitan rentas daerah iaitu kes import C.

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 16 April
Sebanyak 169 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

PKPD di empat lokaliti libatkan Sabah, Kelantan dan Pahang bermula esok
Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu bagi memudahkan KKM mengawal pergerakan keluar masuk sekali gus menyekat penularan COVID-19

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

PKPD di empat lokaliti di Sabah bermula esok hingga 23 April
PKPD di empat lokaliti di Sabah itu dibuat sebagai usaha menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke luar lokaliti ini.

PKPD di Kampung Batu Gong, Sarawak dilanjutkan sehingga 23 April
KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta terdapat kes baru yang dikesan dalam kalangan komuniti di lokaliti itu.

PKPD di dua lokaliti di Sarawak
PKPD di dua lokaliti itu setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

PKPD di 3 buah kampung di Hulu Besut, Terengganu dan sebuah kampung di Nabawan, Sabah
Kampung yang terlibat adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu dan Kampung Murni C, Nabawan, Sabah

Hanya enam ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan, KKM telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif COVID-19 telah direkodkan.