awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak program CSR penjagaan kesihatan, pendidikan di luar bandar - Uggah

Bernama
Bernama
07/10/2023
00:20 MYT
Lebih banyak program CSR penjagaan kesihatan, pendidikan di luar bandar - Uggah
UGGAH: Badan korporat perlu mengadakan lebih banyak program CSR di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan. - Foto fail/Astro AWANI
KUCHING: Badan korporat perlu mengadakan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.
Dalam kenyataannya hari ini, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menyebut program penjagaan kesihatan gigi sebagai antara yang boleh diberi perhatian oleh badan dan organisasi korporat menerusi program CSR mereka.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis penyerahan peralatan asas perubatan dan bukan perubatan kepada Klinik Kesihatan Nanga Mujau, di Betong.
Program itu adalah kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (Sabati) dan Jabatan Kesihatan Negeri.
"Sebanyak 22 peralatan bernilai RM50,000 telah disumbangkan. Sabati turut membantu termasuk dalam mengenal pasti klinik yang memerlukan bantuan," menurut kenyataan itu.
Klinik Nanga Mujau adalah satu daripada 26 klinik di negeri ini yang dipilih untuk program berkenaan, dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program CSR
#penjagaan kesihatan
#pendidikan luar bandar
#Douglas Uggah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan