awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM500 juta diperlukan untuk dalamkan Sungai Klang, atasi banjir

Bernama
Bernama
17/03/2022
10:45 MYT
Lebih RM500 juta diperlukan untuk dalamkan Sungai Klang, atasi banjir
Menurut Ir Izham Hashim, projek yang meliputi kawasan Kuala Lumpur hingga ke Klang itu tidak boleh lagi dilengahkan memandangkan terdapat bahagian sungai yang sudah cetek sehingga paras lutut. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: Lebih RM500 juta diperlukan bagi cadangan projek mendalamkan Sungai Klang kepada dua kali saiz asalnya sebagai sebahagian penyelesaian holistik bagi mengatasi masalah banjir di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim.
Beliau berkata, projek yang meliputi kawasan Kuala Lumpur hingga ke Klang itu tidak boleh lagi dilengahkan memandangkan terdapat bahagian sungai yang sudah cetek sehingga paras lutut.
"Ini kita sudah bincang dengan Selangor Maritime Gateway, dan saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor untuk diluluskan bagi pelaksanaan segera, dan ia akan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan kita sendiri," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Selain itu, katanya, antara cadangan lain yang akan dibawa adalah sistem terowong dari Shah Alam yang akan mengambil air daripada Sungai Damansara untuk dibawa ke Tasik Ladam berhampiran Sungai Rasau, Klang.
Selain itu, beliau berkata, satu dasar juga perlu dibuat bagi membolehkan kolam-kolam takungan di Selangor untuk dikosongkan sebahagian jumlah airnya apabila menjelang musim monsun atau ketika ramalan hujan lebat.
Sementara itu, bagi mengelakkan banjir di kawasan hilir seperti Klang terutamanya ketika air pasang, Izham berkata, tempat simpanan air Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 3000 dan kolam-kolam yang besar di kawasan selatan akan digunakan.
"Air ini kemudian akan dirawat bagi digunakan untuk dibekalkan kepada kawasan Pulau Indah yang memang tidak cukup air di sana. Itu kaedah penyelesaian holistik dan air yang disimpan boleh digunakan ketika musim kemarau nanti," katanya.
Sidang DUN bersambung esok. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai klang
#banjir
#Selangor
#sungai damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan