Seramai 275 daripada 447 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah hilang wang deposit apabila gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.
Seramai 172 calon lain kalah tetapi tidak hilang deposit.
Antara mereka yang hilang deposit ialah pertandingan 11 penjuru di DUN Bengkoka yang menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.
Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (Parti Cinta Sabah (PCS)), Samuil Mopun (Parti Bersatu Sabah (PBS)), Sotijin Juhui (Parti Gagasan Rakyat Sabah(Gagasan)), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)), Omar Jalun (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) serta tiga calon Bebas iaitu Pransol Tiying, Mary E. Dumpangol@Aminah Ambros, Akian Ah Kiew.
Manakala, dua pemimpin utama Parti Liberal Demokratik (LDP) iaitu Presiden Kehormat Seumur Hidup LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Presidennya Datuk Chin Su Phin turut hilang deposit masing-masing di DUN Inanam dan Api-Api.
Chong kecundang dalam pertandingan 10 penjuru yang menyaksikan enam lagi calon lain yang bertanding di kerusi berkenaan hilang wang pertaruhan iaitu Terence Tsen Kim Katt (Parti Kerjasama Anak Negeri), Mohd Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (USNO), Regina Lim @ How (PCS), Goh Fah Shun (Gagasan) dan dua calon Bebas iaitu Ngui Kuang Kee @George Ngui dan Achmad Noorasyrull Noortaip.
DUN Api-Api, yang menyaksikan pertandingan sembilan penjuru, enam calon lain selain Chin hilang wang deposit iaitu Lo Yau Foh (PPRS), Chong Tze Kiun (Gagasan), Pang Yuk Ming (PCS) dan tiga calon Bebas iaitu Marcel Jude dan Sim Sie Hong dan Ng Chun Sua.
PRN Sabah turut menyaksikan calon Warisan, Phoong Jin Zhe yang bertanding di DUN Luyang, memperoleh jumlah undi terbanyak iaitu 15,510 undi, menewaskan lima lagi pencabarnya yang kesemuanya hilang wang deposit.
Manakala Rina Jainal, juga calon Warisan menang dengan majoriti paling kecil, iaitu mendahului hanya dengan 10 undi berbanding pencabar terdekatnya Chaya Sulaiman yang memperoleh 2,824 undi dalam pertandingan tujuh penjuru di DUN Kukusan.
Lima lagi pesaing Rina turut hilang wang deposit.
Dalam pada itu, PRN kali ini yang berlangsung semalam juga menyaksikan sejumlah 3,884 kertas undi tidak dikembalikan manakala 14,056 undi ditolak daripada keseluruhan 749,083 atau 66.61 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
PRN kali ini menyaksikan sejumlah 3,884 kertas undi tidak dikembalikan manakala 14,056 undi ditolak daripada keseluruhan 749,083 atau 66.61 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.