awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki baling batu ke arah kenderaan dari atas jambatan ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/11/2021
14:45 MYT
Lelaki baling batu ke arah kenderaan dari atas jambatan ditahan
Suspek ditahan tengah hari tadi oleh sepasukan anggota polis yang ternampak suspek menunggang motosikal berwarna biru di atas jambatan terbabit. - Gambar/ PDRM
KUBANG PASU: Seorang lelaki yang membaling batu dari atas jambatan ke arah kereta yang melalui kawasan Kilometer 31, Lebuh Raya Utara Selatan di Bandar Darulaman, di sini, ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, suspek berusia 34 tahun dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 6 November lalu pada waktu petang.
Beliau berkata, kejadian berkenaan turut menjadi tular di media sosial termasuk WhatsApp.
“Hasil soal siasat suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana marah dan geram terhadap kenderaan berat yang sering menghimpit motosikalnya sebelum ini.
“Dia yang nekad melakukan perbuatan itu degan membaling batu dari atas jambatan terbabit sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
anggota polis memberhentikan motosikal itu dan menjalankan pemeriksaan sebelum menemui dua ketul batu dalam bakul kenderaan berkenaan.
anggota polis memberhentikan motosikal itu dan menjalankan pemeriksaan sebelum menemui dua ketul batu dalam bakul kenderaan berkenaan.
Rodzi berkata, suspek ditahan pada jam 1.45 tengah hari tadi oleh sepasukan anggota polis yang ternampak suspek menunggang motosikal berwarna biru di atas jambatan terbabit.
Jelasnya, anggota polis memberhentikan motosikal itu dan menjalankan pemeriksaan sebelum menemui dua ketul batu dalam bakul kenderaan berkenaan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
“Hasil ujian air kencing keatas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine," ujar Rodzi.
Katanya, polis turut merampas motosikal dan dua ketul batu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Topic Berkaitan
#baling batu
#lebuh raya
#bandar darul aman
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan