awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bergelut di IPD Besut buat provokasi terhadap polis

Bernama
Bernama
23/03/2023
09:32 MYT
Lelaki bergelut di IPD Besut buat provokasi terhadap polis
Azrol Anuar berkata insiden pergelutan itu dipercayai telah dirakam oleh orang awam sebelum video rakaman itu didapati tular di laman TikTok, hingga menimbulkan pelbagai spekulasi. -Gambar fail/Bernama
JERTIH: Polis menahan seorang penghantar makanan yang bergelut dengan anggota polis berpakaian seragam selepas lelaki itu membuat provokasi serta melibas cota dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini, pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Azrol Anuar Nor berkata insiden pergelutan itu dipercayai telah dirakam oleh orang awam, sebelum video rakaman itu didapati tular di laman TikTok, hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Beliau berkata kejadian berlaku selepas lelaki dengan pakaian seragam penghantar makanan itu mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan membuat provokasi, di samping melibas cota terhadap anggota polis yang sedang bertugas di pos pengawal IPD Besut.
"Kami ingin menegaskan bahawa sepanjang melaksanakan tangkapan, kekerasan paling minimum yang mungkin terpaksa digunakan, dan dalam kejadian itu seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya saringan air kencing mendapati suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata berbahaya 1958.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masalah mental
#penghantar makanan
#provokasi terhadap polis
#hayun cota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan