awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki beri bayi minum arak direman lima hari

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/06/2021
03:59 MYT
Lelaki beri bayi minum arak direman lima hari
Lelaki yang didakwa memberi bayinya minum arak, bersama tahanan lain, ketika keluar dari Mahkamah Majistret Balik Pulau kira-kira jam 9 pagi Rabu. - Astro AWANI
BALIK PULAU: Lelaki yang memberikan minuman keras kepada bayinya berusia lima bulan di rumahnya di Teluk Bahang direman selama lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau sekitar jam 9 pagi tadi.
Terdahulu pemuda berusia 19 tahun yang memakai baju berwarna hitam dan berseluar jean itu dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari kira-kira jam 8.30 pagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada Selasa, polis menahan bapa bayi berkenaan selepas video dia memberi minuman tin dipercayai minuman keras kepada bayi tular di media sosial.
BACA: Tular rakaman lelaki beri bayi minuman keras di Pulau Pinang
Tular | Lelaki beri bayi minum arak direman lima hari
Ia susulan laporan polis dibuat Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel selepas melihat rakaman video seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi.
Rakaman berkenaan tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang memangku bayi dan memberinya minuman keras itu dari tin yang tertera jenama arak tersebut.
Topic Berkaitan
#bayi minum arak
#bapa bayi
#reman
#polis
#PDRM
#majistret
#mahkamah
#Teluk Bahang
#Tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan