KUALA LUMPUR: Polis sudah mengesan seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di platform LRT, Stesen Maluri, Cheras, dekat sini pada Jumaat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, suspek yang merupakan warga tempatan itu telah dikenal pasti pihaknya.
"Suspek kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan akan diberkas selepas ini. Siasatan terperinci berkaitan kejadian masih dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Pada 29 Julai lalu, polis memaklumkan pihaknya sedang menyiasat satu kejadian kes cabul terhadap seorang wanita di platform Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Maluri, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian itu telah tular menerusi satu klip video berdurasi satu minit 10 saat di aplikasi Twitter yang dimuat naik pemilik akaun 'localrkyt'.
Menurutnya, video itu memaparkan seorang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023
Orang ramai menyelamatkan seorang wanita yang dicabul oleh suspek di Stesen LRT Maluri. - Gambar/ Media sosial
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.
Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Kes cabul tular: Pemandu e-hailing didakwa di mahkamah
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Seorang lelaki OKU fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.