awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera di muka, tandas meletup semasa nyala api rokok di Genting Highlands

Bernama
Bernama
12/04/2017
10:40 MYT
Lelaki cedera di muka, tandas meletup semasa nyala api rokok di Genting Highlands
Bomba tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas itu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki cedera di muka akibat letupan kecil semasa mahu menyalakan api rokok ketika berada di dalam tandas di sebuah hotel di Genting Highlands dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Penguasa Kanan Bomba Yusri Abdullah Sani berkata kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 40-an itu melecur di muka.
"Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 11.09 pagi mendapati terdapat kesan letupan dan kebakaran di dalam bilik tandas itu," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Yusri berkata letupan itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, siling dan kawasan yang terletak dalam jarak kira-kira lima meter dari tandas berkenaan.
Katanya siasatan awal mendapati tandas itu adalah bagi kegunaan kakitangan hotel dan terletak di bahagian bawah hotel berkenaan, namun tidak digunakan buat masa sekarang kerana kerja-kerja penyelenggaraan.
"Kita tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas itu.
"Bagaimanapun, Unit Forensik bomba dari Kuantan sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Identiti mangsa masih belum diperoleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#Genting Highlands
#Hospital
#lelaki
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan