awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang di Seremban

Bernama
Bernama
15/04/2025
09:50 MYT
Lelaki cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang di Seremban
ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 8.15 malam tadi dengan mangsa yang berusia 40 tahun mengalami luka pada kedua-dua lengan, belakang serta kaki kanan dan kini dilaporkan stabil. - Gambar fail
SEREMBAN: Seorang lelaki cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 8.15 malam tadi dengan mangsa yang berusia 40 tahun mengalami luka pada kedua-dua lengan, belakang serta kaki kanan dan kini dilaporkan stabil.
Beliau berkata siasatan mendapati sekumpulan lelaki dilihat berlari dari tangga bergerak aras bawah premis itu menuju ke arah mangsa dengan seorang daripadanya memegang senjata parang.
"Mangsa yang tidak sempat mengelak dipercayai dilibas berkali-kali oleh suspek. Lelaki itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh rakannya yang melihat kejadian berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Hatta berkata usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dengan polis tidak menolak kejadian itu mempunyai elemen gengsterisme dan motif kejadian dipercayai akibat dendam.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Tharvin di talian 019-3666048 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Insiden memaparkan insiden berkenaan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu kini turut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan bersenjata
#pusat beli belah
#Tular
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan