awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai

Bernama
Bernama
10/04/2023
20:40 MYT
Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai
Kejadian di Kuala Nerus awal pagi semalam merupakan yang kedua berlaku di Terengganu sejak Ramadan ini, selepas empat kanak-kanak cedera akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lalu. - Foto tular media sosial
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki cedera parah dikedua-dua belah tangannya, dipercayai akibat terkena mercun yang telah diubah suai di Kuala Nerus, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 turut mengalami luka di bahagian badannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail ketika dihubungi berkata kejadian tersebut disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya yang disangkakan terdapat pergaduhan dan terus menghubungi pihak polis.
"Bagaimanapun sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan. Abang mangsa tidak mengesyaki ia perbuatan jahat daripada mana-mana pihak kerana kejadian ini akibat perbuatan bermain mercun," katanya.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Wan Mohd Zaki berkata ia adalah kejadian kedua berlaku di Terengganu sejak Ramadan ini, selepas kejadian empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercun
#mercun diubah suai
#cedera parah
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan